Tuesday 20 October 2015

Cuba nafi hantar tentera ke Syria


Cuba nafi hantar tentera ke Syria

19 OKTOBER 2015
Cuba nafi hantar tentera ke Syria Cuba menyangkal laporan yang mendakwa negara itu menghantar tentera sebagai sokongan kepada rejim Bashar

HAVANA - CUBA. Kerajaan Cuba, kelmarin menafikan laporan yang mendakwa negara itu menghantar tentera ke Syria sebagai tanda sokongan kepada rejim Presiden Bashar al-Assad dan campur tangan Rusia dalam konflik negara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan jurucakap Kementerian Luar, Gerardo Penalver yang menyangkal tuduhan yang disifatkan sebagai tidak berasas lapor Reuters.

Selasa lalu, Institut Penyelidikan Cuba-Amerika di Universiti Miami mendedahkan laporan tidak sah diperoleh daripada sumber pegawai Amerika Syarikat (AS) bahawa tentera Cuba dilihat berada di Damsyik.

Susulan daripada itu, jurucakap Rumah Putih mengeluarkan kenyataan balas dengan menegaskan Washington tidak melihat sebarang bukti yang menunjukkan kebenaran laporan tersebut.

Difahamkan, kali terakhir Cuba menghantar bantuan ketenteraan kepada negara luar adalah di Angola dan Ethiopia pada 1970-an serta 1980-an.

No comments:

Post a Comment