Tuesday 20 October 2015

Penentang terima bekalan senjata


Beirut: Kumpulan penentang yang berdepan dengan serangan tentera Syria dan sekutunya di selatan Aleppo berkata, mereka menerima bekalan baru peluru antikereta kebal buatan Amerika Syarikat daripada beberapa negara yang menentang Presiden Bashar al-Assad.

Ia kali pertama bekalan baru itu diterima sejak tentera Syria, dengan bantuan serangan udara Russia, memulakan serangan besar-besaran Jumaat lalu.


Penentang yang bernaung di bawah Tentera Pembebasan Syria itu berkata, bekalan baru itu tiba sejak serangan mula dilancarkan oleh tentera Syria dan sekutunya, militan dari Iran dan anggota Hizbullah dari Lubnan.

Bagaimanapun, seorang pegawai berkata, bekalan itu tidak mencukupi bagi menghadapi serangan besar-besaran itu.

“Kami memerlukan lebih banyak senjata. Yang kami terima setakat ini tidak banyak membantu,” kata pegawai yang enggan dikenali itu.

Beberapa kumpulan penentang sebelum ini menerima bekalan senjata mereka dari Turki sebagai sebahagian daripada program yang disokong oleh Amerika Syarikat.

Pengarah kumpulan pemerhati Syria bagi hak asasi yang mengawasi sengketa di Syria berkata, kumpulan penentang berkenaan berjaya memusnahkan 11 kenderaan tentera Syria dengan peluru berpandu antikereta kebal berhampiran Aleppo sejak Jumaat lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 6:53 AM

SEORANG wanita berjalan bersama anaknya di bandar lama Aleppo yang hampir musnah akibat perang saudara sejak beberapa tahun lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86400#sthash.EeVlo6vL.dpuf

No comments:

Post a Comment