Monday 9 November 2015

Tentera Bashar tembak kepala ibu

Daripada Muhaamad Hafis Nawawi di Jordan
Irbid: Dia diacu senapang oleh tentera Bashar sebelum cuba diselamatkan ibunya, tetapi ibunya pula yang ditembak di kepala oleh tentera Bashar.

Itulah nasib Nauraz Mohsien, 11, ketika kejadian pada 2102 yang menyebabkan dia dan abangnya, Mizar Mohsein, 13, menjadi yatim piatu dan kini menjadi pelarian Syria.

“Ketika kejadian, ibu saya hamil empat bulan. Dia maut ditembak di kepala oleh tentera Bashar selepas ibu cuba menyelamatkan saya yang diacu senapang ketika itu.

“Saya bersama abang, Mizar Mohsein, 13, ketika itu berada di dalam rumah di Homes, Syria. Tiba-tiba beberapa tentera Bashar menceroboh rumah kami dan terus mengacu senapang di kepala saya.

“Ibu kemudian cuba membantu dengan menarik tangan saya menyebabkan tentera terbabit berang lalu terus menembaknya di kepala dan ibu meninggal dunia serta-merta di situ,” katanya.

Nauraz berkata, bapanya turut ditembak dan meninggal dunia ketika ingin membantu mereka.

“Saya dan abang tergamam menyaksikan kejadian itu di depan mata dan menangis melihat tubuh ibu bapa kami yang berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa.

“Selepas tentera terbabit beredar, dalam keadaan menggigil ketakutan, saya mengambil telefon bimbit bapa dan terus menghubungi nenek meminta bantuan,” katanya.

Menurut Nauraz, dia menangis selama tiga hari dan hilang selera makan akibat kejadian yang menyebabkan mereka menjadi yatim piatu sekelip mata.

“Selepas kejadian itu, datuk dan nenek yang menjaga kami. Kemudian, kami datang ke sini untuk mencari perlindungan pada 2013 kerana bimbang dengan keselamatan diri.

“Alhamdulillah kami mendapat bantuan daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurkan sumbangan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2015 @ 1:36 AM

Mizar menunjukkan bagaimana tentera Bashar mengacukan senapang ke kepala adiknya. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91766#sthash.01N7t2vI.dpuf

No comments:

Post a Comment