Wednesday 13 April 2016

5,835 kanak-kanak pelarian hilang


Tidak dapat dikenal pasti di Jerman, mungkin terlibat sindiket jenayah
13 April 2016 1:15 AM

Hampir  6,000 kanak-kanak dan remaja pelarian hilang sebaik tiba


Hampir 6,000 kanak-kanak dan remaja pelarian hilang sebaik tiba di Jerman pada tahun lalu. Agensi
BERLIN 12 April - Kira-kira 5,835 kanak-kanak dan remaja pelarian dari Afrika, Asia Barat dan Asia Tengah dilaporkan hilang di Jerman pada tahun lalu berkemungkinan jatuh ke tangan kumpulan penjenayah dan penyeludupan manusia.
Portal Press Tv yang memetik laporan pertubuhan berita Funke Mediengruppe memberitahu, mereka yang hilang tiba di Jerman tanpa diiringi penjaga dan seramai 555 mangsa berusia di bawah 14 tahun.
Pegawai di Berlin berkata, mereka tidak mempunyai sebarang petunjuk tentang lokasi kanak-kanak itu yang kebanyakannya dari Afghanistan, Syria, Eritrea, Maghribi dan Algeria.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Jerman, Johannes Dimroth yang mengesahkan laporan media itu berkata, kerajaan telah memaklumkan kepada Parlimen tentang kehilangan kanak-kanak terlibat.
Beliau menambah, statistik sebenar jumlah kanak-kanak yang hilang mungkin lebih tinggi, namun tidak memberi sebab kehilangan mereka.
Sementara itu jurucakap Kementerian Persekutuan Hal Ehwal Keluarga Jerman, Verena Herb berkata, sebuah pusat penerimaan akan dibuka khusus untuk kanak-kanak dan remaja yang tidak diiringi penjaga dan Kerajaan Persekutuan akan memperbaiki pertukaran maklumat dan sistem pendaftaran.
Pihak berkuasa Jerman percaya sebahagian daripada kanak-kanak pelarian itu mungkin telah bersama ahli keluarga mereka di Jerman atau di Eropah, namun kebanyakan kes tidak dilaporkan kepada pegawai dan tidak dima-sukkan ke dalam statistik.
Berlin dikritik hebat oleh ahli politik Parti Hijau kerana tidak melaksanakan tindakan serius bagi mengatasi masalah tersebut.
Bulan lalu, beberapa Ahli Parlimen Eropah memaklumkan kemungkinan kanak-kanak pela-rian yang hilang telah menjadi mangsa sindiket jenayah yang melibatkan seks, perhambaan atau penyeludupan organ.
Agensi polis Kesatuan Eropah (Europol) pada Februari lalu memaklumkan, lebih 10,000 kanak-kanak pelarian tidak diiringi penjaga hilang sebaik sahaja tiba di Eropah dalam tempoh 18 bulan sehingga 24 bulan lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/5-835-kanak-kanak-pelarian-hilang-1.253806#sthash.GUyCkr6s.dpuf

No comments:

Post a Comment