Sunday 10 April 2016

Gencatan senjata Syria hampir berakhir - Pembangkang




SEORANG budak lelaki mengambil gambar menerusi telefon bimbitnya gambar bangunan yang musnah di Palmyra, Syria. - Foto Reuters
PARIS: Gencatan senjata di Syria "hampir berakhir", kata seorang pegawai pembangkang dalam temubual yang disiarkan hari ini, beberapa hari sebelum rundingan damai disambung semula di Geneva.
"Sejak 10 hari lalu kami menyaksikan keadaan semakin serius serius dan gencatan senjata hampir berakhir.
"Misi Amerika Syarikat-Russia yang memantau gencatan senjata tidak mampu berbuat apa-apa," kata anggota Jawatankuasa Rundingan Tertinggi pembangkang Syria, Bassma Kodmani, kepada Journal du Dimanche, sambil menambah "penggunaan bom tong sudah bersambung".
Gencatan senjata antara rejim Presiden Bashar al-Assad yang dibantu serangan udara Russia dan pembangkang dianjurkan Amerika dan Russia itu dipatuhi sejak 27 Februari lalu.
Ia tidak meliputi kawasan yang menjadi tawanan militan IS dan Barisan Al-Nusra.
"Ini satu tamparan kepada pembangkang," kata Kodmani, sambil menambah Russia menyerang laluan bekalan briged pembangkang berhaluan sederhana sehingga gencatan senjata ditandatangani Februari lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment