Wednesday 4 May 2016

Moscow, PBB bincang proses damai Syria



AP - SEORANG lelaki mendukung seorang kanak-kanak selepas serangan udara di Aleppo pada 28 April lalu.


MOSCOW – Usaha menyelamatkan gencatan senjata Syria tertumpu kepada Rusia semalam ketika bandar kedua terbesar di negara bergolak itu, Aleppo berdepan serangan baharu yang membunuh sekurang-kurangnya empat orang.
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dijadualkan berbincang dengan utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Staffan de Mistura di ibu kota Rusia, Moscow dalam usaha terakhir untuk menyelamatkan rundingan damai yang dicemari pertempuran sengit di sekitar Aleppo.
Perbincangan berprofil tinggi itu menyusul sehari selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry menggunakan pengaruhnya untuk menghidupkan semula proses damai Syria yang tergendala.
Kerry berkata, situasi di Syria kini di luar kawalan dan amat membimbangkan selepas gencatan senjata dua bulan tajaan Washington dan Moscow kini terancam.
Sementara itu, pertempuran masih berterusan di Aleppo dan kawasan sekitarnya di mana 250 orang terbunuh dalam keganasan sejak seminggu lalu.
Bedilan roket pemberontak mengenai beberapa daerah yang dikuasai kerajaan Syria di Aleppo yang membunuh sekurang-kurangnya empat orang awam dan seorang kanak-kanak semalam, kata Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Agensi berita Syria, SANA melaporkan enam kematian dan 37 kecederaan akibat serangan tersebut. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz47fuXMCw9 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment