Saturday 27 August 2016

15 maut, 2 bom tong digugur di Aleppo

DUNIA SABTU, 27 OGOS 2016 @ 11:38 PM

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 15 maut dalam serangan bom tong di daerah ditawan pemberontak di bandar Aleppo, Syria hari ini. Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di Britain berkata, pesawat tentera rejim menggugurkan dua bom tong selang beberapa minit di daerah Maadi, timur Aleppo. Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman, berkata serangan berlaku berhampiran khemah di daerah Bab al-Nayrab ketika orang ramai mengucapkan takziah kepada mangsa yang terkorban pada minggu ini. "Ketika bom tong pertama meletup, orang ramai bergegas berkumpul dan ambulans tiba, secara tiba-tiba satu lagi bom tong meletup, lebih ramai yang terkorban. Sebuah ambulans musnah," kata seorang wartawan AFP memetik unit pertahanan awam tempatan sebagai berkata. Sementara itu, SOHR menyatakan berpuluh mangsa lain cedera dalam dua serangan itu dan angka korban dijangka meningkat. Serangan maut hari ini berlaku selepas 15 orang dengan 11 daripadanya kanak-kanak maut dalam serangan bom tong di Bab a--Nayrab, Khamis lalu. - AFP


 Seorang lelaki membawa seorang kanak-kanak yang cedera selepas serangan bom tong di Bab a--Nayrab, Aleppo, Syria Khamis lalu. - Foto REUTERS  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187343

No comments:

Post a Comment