Tuesday 16 August 2016

Letup bas pejuang




SEORANG lelaki Syria dilitupi debu mengangkat serpihan besi di jalan raya di Sakhur, utara Aleppo selepas kawasan itu dibom pesawat tentera yang setia kepada Presiden Bashar Al-Assad. - AFP

Reuters
Beirut: Sekurang-kurangnya 32 maut selepas seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya dalam sebuah bas di Atmeh, Syria, berhampiran sempadan Turki, lewat kelmarin (waktu tempatan).

Bas itu membawa pejuang yang disokong negara luar, kata sumber tempatan.

Daish semalam mengeluarkan kenyataan mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Dalam kenyataan itu, kumpulan militan berkenaan mendakwa membunuh 50 penentang dari kumpulan Failaq al-sham dan al-Zinki yang berada di dalam bas berkenaan.

Gambar disebarkan di media sosial menunjukkan bas itu rentung dan anggota penyelamat merawat mangsa cedera.

Stesen televisyen CNN Turk memetik sumber tempatan sebagai berkata, letupan berlaku di laluan masuk ke kem pelarian Atmeh di Syria, tidak jauh dari sempadan Turki.

Menurutnya, kumpulan itu dalam perjalanan memerangi Daish di Aleppo.

Wilayah Idlib tempat Atmeh terletak adalah kubu kuat penentang Presiden Bashar al-Assad yang disokong Turki.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2016 @ 11:49 AM

No comments:

Post a Comment