Saturday 1 October 2016

Video: Air Mata Penyelamat Syria


Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 1:49 PM

DAMSYIK: Detik-detik hiba seorang anggota penyelamat Syria menitiskan air mata selepas menyelamatkan seorang bayi perempuan dari celah runtuhan bangunan akibat serangan udara di Idlib, baru-baru ini ternyata menyentuh perasaan.
Rakaman selama 48 saat itu menunjukkan anggota sukarelawan White Helmets, Abu Kifah berlari ke arah ambulans sambil memeluk erat bayi berusia 30 hari itu selepas menggali selama tiga hingga empat jam untuk menyelamatkan mangsa.
Sebaik-baik menaiki ambulans, Abu Kifah terus memeluk bayi itu yang diselaputi debu dan darah di bahagian kepala, dan  tidak henti-henti menitiskan air mata sambil meluahkan rasa bersyukur kanak-kanak berkenaan masih bernyawa.
Difahamkan bayi berkenaan dan keluarganya antara ribuan penduduk yang terselamat dalam serangan terbabit.
Serangan udara oleh tentera rejim di wilayah itu menyaksikan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh termasuk tujuh kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment