Wednesday 23 May 2012

ALLAHUAKBAR...! ALLAHUAKBAR...! ALLAHUAKBAR...!

ALLAHUAKBAR...! ALLAHUAKBAR...! ALLAHUAKBAR...! 
.................................................

Laporan Bridged Sahabah cawangan Damsyik dan Pinggiran Damsyik.

Sumber : Pejabat Induk Bridget

Firman Allah :

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Barangkali kamu membenci sesuatu tetapi sebenarnya ia baik untuk kamu. Dan barangkali kamu menyukai sesuatu tetapi hakikatnya ia buruk untuk kamu.
Al-Baqarah : 216

Laporan terperinci berkenaan operasi Bridged Sahabah yang mensasarkan ‘Unit Perancangan Krisis Musuh’

Kami di pihak Bridged Sahabah menegaskan perlaksanaan operasi rahsia yang mensasarkan pasukan tentera musuh. Setelah hampir 2 bulan mengawasi serta menghimpun maklumat berkaitan dengan anasir-anasir Unit Perancangan Krisis (yang dikawal oleh pihak atasan tentera-tentera musuh iaitu Hassan Turkmani - Hisham Bakhtiar - Asif Shawkat - Daud Rajihah - Mohammed Saeed Bakhitan - Mohamed Syiar - Ali Mamluk - Solah Al-Nuaimi), pihak Bridged telah merekrut ‘mata-mata’ lalu dihantar untuk duduk bersama-sama penjenayah Mohammed Saeed Bakhitan. ‘Mata-mata’ tersebut adalah seorang belia yang secara sukarela mahu membalas dendam terhadap maruah, darah dan kesucian umat yang telah dicemari dan dihina oleh regim zalim ini.

Opersasi ini dilakukan dibawah kawalan ketat musuh dan setiap gerak geri diperhatikan dan diawasi.

Pihak Bridget telah merancang untuk meracuni beliau dengan bantuan seorang pakar racun. Pakar racun tersebut telah menggunakan 5 jenis racun cacair peringkat tertinggi dan telah diproses sehingga ciri warna, rasa dan baunya tidak lagi kelihatan. Selain itu juga sejenis racun serbuk telah sempurna diproses serta satu perancangan operasi berperingkat menghapuskan tentera-tetera atasan musuh di seluruh bandar Damsyik turut berjaya dirancang sehinggalah jatuhnya regim pada suatu haru nanti insya Allah.

Pada waktu yang telah ditetapkan, bermulanya perancangan peringkat pertama. Pada jam 7.30 malam, hari Sabtu 19 Mei 2012, telah berlangsung satu mesyuarat unit yang biasanya berakhir pada jam 10 malam. Mesyuarat itu mengeluarkan pelbagai keputusan jahat yang akan dilaksanakan oleh tentera Syria.

Secara senyap-senyap wira muda ini telah memasukkan racun ke dalam makanan anggota unit ini. Pada hari itu, Ali Mamluk dan Solah An-Nuaimi tidak hadir mesyuarat. Namun para penjenayah ini selalu akan menikmati makan malam pada jam 10.45 malam di pejabat Mohammed Saeed Bakhitan bersama beberapa pemimpin dan kakitangan.

Wira kami telah memastikan bahawa setiap seorang dari mereka telah memakan makanan beracun tersebut dalam jumlah yang banyak. Sebenarnya dos lima titik racun itu sudah cukup untuk membunuh seorang manusia, namun beliau telah meletakkan 15 titik racun dalam makanan setiap seorang. Beliau juga telah mencampurkan racun serbuk dalam jumlah yang banyak ke dalam hidangan sup yang mereka gemari hingga hampir semua yang makan pada malam itu menambah sup tersebut sebanyak 2 kali. Mereka juga telah memakan hidangan-hidangan beracun seperti daging BBQ, Yabraq (daging dibalut daun anggur) dan steak daging.

Setelah 10 minit mereka menjamu selera, pemuda tersebut telah berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat serta dibawa kemudiannya keluar dari zon merbahaya.

Tidak lama kemudian, pihak musuh telah segera di bawa ke hospital Asy-Syami dan dalam masa yang singkat hospital tersebut telah dipenuhi dengan pihak tentera dan pegawai atasan. Serentak dengan itu, hospital telah ditutup dan semua talipon bimbit pesakit, juruwarat dan petugas telah diambil. Berita terbaru yang sampai kepada kami semalam (iaitu sebelum HP di ambil) mereka yang diracuni sedang nazak menghadapi kematian insya Allah.

Operasi ini sebenarnya adalah sukar dan berhadapan dengan kawalan yang ketat, hingga wira kami tidak sempat untuk menggunakan bom gas beracun yang dimilikinya dan terpaksa meninggalkan tin-tin racun ketika melarikan diri dari operasi kerana kawalan yang ketat.

Inilah yang sempat dilaksanakan oleh wira kami. Namun segalanya itu terserah kepada Kehendak Allah. Jika ada yang mati di kalangan musuh, maka tempat mereka kelak adalah neraka jahahannam dengan izin Allah. Jika ada yang masih lagi hidup, maka ianya disebab hikmah yang hanya diketahui Allah. Namun kami berjanji kepada kalian akan terus melakukan operasi-operasi yang bakal menggegarkan regim.

Allah adalah pelindung golongan beriman.

No comments:

Post a Comment