Monday 1 April 2013

Imam Masjid Sheikh Masqsoud dipancung

Imam Masjid Sheikh Masqsoud dipancung
Penduduk mengecam tindakan pembunuhan iman di Aleppo.
BEIRUT - Serangan di kejiranan Sheikh Masqsoud kelmarin terus memuncak apabila seorang imam, Sheikh Hassan Seifeddin dilaporkan dibunuh di bandar Aleppo, Syria.

Dipetik AFP, Sheikh Hassan Seifeddin merupakan imam di masjid Sheikh Masqsoud di kawasan utara Aleppo dipercayai dibunuh ketika  sedang mengimamkan solat.

Jenazahnya juga dipercayai dipancung sebelum diheret melalui jalan-jalan utama di bandar itu.

Agensi berita Sana melaporkan, Seifeddin dibunuh dan badannya dikerat manakala stesen televisyen rasmi Al-Ikhbariya pula melaporkan imam itu disembelih dan dipancung.

“Kepalanya diletakkan di atas menara Masjid Al-Hassan iaitu masjid yang sering dikunjunginya untuk memimpin solat,” menurut laporan itu.

Pihak berkuasa Syria menuduh Kumpulan Pembebasan Syria (FSA)  bertanggungjawab terhadap perbuatan itu kerana Seifeddin merupakan pemimpin pro-rejim Bashar Al Assad yang setia.

Namun, FSA mengecam tuduhan itu dan mengesahkan mereka tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut.

Awal bulan ini, seorang lagi ulama pro-rejim, Dr Mohammed Saeed Ramadan al-Bouti turut terbunuh dalam satu letupan di masjid dalam kejiranan Mazraa di Damsyik.

No comments:

Post a Comment