Monday 1 April 2013

Pertempuran sengit di Aleppo, Syria




SEORANG lelaki (tengah) yang cedera diusung oleh beberapa rakannya di kawasan perumahan Daiaat Al-Ansari, Aleppo kelmarin.- REUTERS


BEIRIUT - Pertempuran sengit berlaku antara kumpulan penentang dengan tentera rejim Bashar Al-Assad di daerah Sheikh Maqsud di bandar Aleppo, kata kumpulan Pemantau Hak Asasi Untuk Syria semalam.
Menurut pengarah kumpulan tersebut, Rami Abdel, sejumlah penduduk berpindah ekoran bedilan yang melibatkan serangan tentera Presiden Syria itu.
"Ratusan buah kereta yang membawa anggota keluarga meninggalkan kawasan penduduk itu," katanya.
Pertempuran sengit itu berlaku sejak Jumaat lalu.
Menurut kumpulan berkenaan, seramai 43 orang terbunuh dalam pertempuran itu termasuk 15 orang awam dan lima anggota tentera.
Kawasan itu terletak di sebuah bukit.
Menurut kumpulan berkenaan, seornag ulama Sunni, Sheikh Hassan Seifeddin yang pro-Bashar mati dalam serangan kumpulan penentang itu.
Kumpulan penentang itu yang terdiri daripada penduduk tempatan melancarkan serangan sejak Mac 2011.
Mereka menuntut Bashar meletakkan jawatan selepas gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran.
Lebih 70,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria.
Sebelum ini, kumpulan penentang yang membentuk Majlis Perikatan Kebangsaan Syria dibenarkan untuk membuka kedutaan di Qatar. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2PA2XqJJb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment