Sunday 7 April 2013

Bencana menimpa jika kami tumbang: Bashar



Damsyik: Presiden Syria berkata, kejatuhan rejimnya akan menyebabkan ketidakstabilan di Timur Tengah “untuk tempoh bertahun-tahun.”

Bashar al-Assad berkata, seluruh dunia tahu jika Syria berpecah-belah atau dikuasai pengganas, akan berlaku kekacauan di negara berhampiran. “Kemudian, akan berlaku kesan domino mungkin sehingga ke kawasan jauh dari Timur Tengah, ke barat, utara dan selatan.


“Maksudnya, ketidakstabilan akan berlaku bertahun-tahun, malah mungkin berdekad-dekad,” katanya dalam temu bual dengan dua wakil media Turki, semalam.

Petikan rakaman itu dimuat naik dalam Facebook presiden itu.


Bashar juga mengecam Perdana Menteri Turki dengan menuduh Ankara “menyumbang secara langsung terhadap pembunuhan rakyat Syria.” Dalam petikan temu bual diterbitkan Khamis lalu. Bashar menuduh Recep Tayyip Erdogan tidak mengulas apa-apa mengenai kebenaran sejak krisis Syria bermula. “Api yang menyala di Syria akan merebak ke Turki, tetapi beliau (Recep) tidak melihat realiti ini,” katanya. Bashar berkata, Recep bekerjasama dengan Israel untuk memusnahkan Syria tetapi kerajaannya tidak akan jatuh, manakala rakyatnya terus bangkit melawan. “Kita tidak boleh benarkan pemimpin dungu, tidak matang menghancurkan hubungan di antara warga Turki dan Arab,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment