Monday 29 April 2013

Cubaan bunuh PM Syria



DAMSYIK 29 April - Perdana Menteri Syria, Wael al-Halqi terselamat dalam satu cubaan membunuh beliau, selepas konvoi yang dinaikinya menjadi sasaran serangan bom kereta di sini, hari ini.
"Letupan pengganas di Mazzeh adalah satu cubaan yang disasarkan ke atas konvoi Perdana Menteri, tetapi beliau tidak mengalami sebarang kecederaan," lapor televisyen milik kerajaan.
Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia melaporkan, letupan kereta itu menjadikan konvoi Wael al-Halqi sebagai sasaran ketika konvoi itu sedang melalui daerah Mazzeh di selatan Damsyik, menyebabkan seorang pengawal peribadi beliau terkorban. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130429/lu_14/Cubaan-bunuh-PM-Syria#ixzz2RrcWO4qX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment