Beirut: Pejuang pertubuhan Barisan Nusra - yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda - menembak mati 11 lelaki yang didakwa mereka terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Syria dan aksi itu dipamerkan dalam satu video diterbitkan semalam.
Melalui rakaman itu, seorang lelaki yang menutup mukanya dengan kain hitam menembak kepala setiap seorang daripada tahanan itu dari belakang ketika mereka melutut.
Mangsa pembunuhan itu juga ditutup matanya dan diletakkan dalam satu barisan di wilayah Deir al-Zorm, timur Syria.
Penembak terbabit berkata, mahkamah syariah Deir al-Zor menjatuhi hukuman mati ke atas 11 lelaki murtad terbabit kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas saudara mereka di Syria.
Selepas setiap seorang tahanan berkenaan ditembak mati, beberapa militan yang memegang bendera hitam di belakang melaungkan takbir.
Sesekali, penembak itu kembali ke mangsa yang dibunuhnya dan melepaskan tembakan lebih banyak bagi memastikan mangsa benar-benar mati. - Reuters
No comments:
Post a Comment