Thursday, 16 May 2013

Israel dakwa roket Syria serang Golan Hights




16 Mei 2013
LEVANT - Beberapa buah roket Syria didakwa  menyerang kawasan pergunungan yang didiami penduduk Israel di Golan Hights , bersempadan Syria, awal pagi semalam.

“Laporan awal menunjukkan roket berkenaan milik Syria.

“Akibat serangan itu, sebahagian pergunungan Hermon ditutup buat sementara waktu dan tidak akan menerima sebarang pelawat," kata jurucakap Pasukan Pertahanan Israel.

Pergunungan itu merupakan kawasan tarikan pelancong di mana para pelancong boleh menikmati kemudahan ski terutamanya pada musim sejuk.

Golan Hights juga merupakan wilayah Syria satu ketika dahulu sebelum ia dirampas Israel pada tahun 1967.

Kejadian ini juga bukan kali pertama Syria melancarkan serangan ke kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment