16 Mei 2013
NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menerima satu resolusi menggesa supaya peralihan politik Syria segera dilakukan dan mengutuk kerajaan negara itu yang menggunakan senjata berat ke atas rakyatnya sendiri.
Perhimpunan itu juga mendesak sekali lagi supaya peralihan segera dibuat dan mendakwa ia merupakan peluang terbaik bagi menyelesaikan konflik Syria yang berpanjangan sejak Mac 2011 lagi.
PBB berkata, setakat ini angka kematian di Syria semakin meningkat mencecah 80,000 orang.
Resolusi itu turut melahirkan rasa marah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Syria menggunakan senjata berat serta melakukan pencabulan secara terbuka ke atas hak dan kebebasan asasi manusia.
No comments:
Post a Comment