Saturday, 25 May 2013

Rejim Bashar setuju rundingan damai


Moscow: Kerajaan Syria pada prinsipnya bersetuju menghadiri persidangan perdamaian antarabangsa yang disarankan Russia dan Amerika Syarikat.

“Damsyik sudah menyatakan kesediaan untuk menyertai persidangan antarabangsa dalam usaha negara itu untuk mencari penyelesaian politik,” kata jurucakap Kementerian Luar Russia, Alexander Lukashevich.
Beliau bagaimanapun berkata, sukar untuk menetapkan tarikh rundingan itu pada masa ini kerana sehingga ini tidak jelas siapa yang akan bercakap bagi pihak penentang kerajaan Syria.

Lukashevich berkata tindakan antarabangsa termasuk resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 15 Mei lalu yang memuji penentang dan mengutuk tentera Presiden Bashar al-Assad mendorong pemberontak Syria menolak rundingan.


Russia melindungi Bashar sepanjang konflik lebih dua tahun itu yang membunuh 80,000 orang.


Ia juga menentang semua bentuk sekatan terhadap Syria dan membekal senjata kepada tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad. - Reuters

No comments:

Post a Comment