Saturday, 25 May 2013

Teheran nafi tentera di Syria


Dubai: Iran semalam menafikan dakwaan kononnya tentera negara itu berada di Syria untuk membantu tentera Presiden Bashar al-Assad.

Jurucakap Kementerian Luar Iran Abbas Araqchi berkata demikian sehari selepas negara yang menyokong penentang Bashar mendesak Teheran mengundurkan tenteranya dari wilayah Syria.
“Musuh Syria sebenar membuat tuduhan itu untuk mencetuskan kemarahan rakyat Syria,” kata Abbas seperti yang dipetik oleh stesen televisyen negara berkenaan.

Pada mesyuarat di Jordan kelmarin, Sahabat Syria yang terdiri daripada kerajaan Barat dan Arab menggesa pengunduran serta-merta tentera Iran dan pejuang Hizbullah Lubnan dari Syria.


Pasukan berkenaan dilaporkan berjuang bersama-sama anggota tentera dan dan militia yang setia kepada Bashar di bandar Qusair berhampiran sempadan Lubnan.


“Tentera Iran tidak pernah berada di Syria,” kata Abbas ketika menjawab soalan wartawan mengenai dakwaan Sahabat Syria itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment