Pertubuhan Pemantau bagi Hak Asasi Manusia berkata, angka korban dalam serangan di Kampung Baida itu dijangka meningkat melebihi 100 orang.
Kebanyakan yang terbunuh dilaporkan akibat ditembak atau ditikam, selain beberapa mayat yang ditemui terbakar.
Beberapa jam sebelum itu, pemberontak menyerang sebuah bas yang dinaiki pengikut Presiden Bashar al-Assad yang dikenali sebagai Shabbiha, menyebabkan enam orang terbunuh dan 20 lagi cedera.
Sebagai tindak balas, tentera kerajaan bersama Shabbiha mengepung Baida dan Maqreb, berhampiran bandar Banias dan menggempurnya menggunakan mortar sebelum mengerahkan pasukan darat.
"Nasib berpuluh-puluh penduduk di kawasan itu masih tidak diketahui kerana maklumat lanjut sukar diperolehi ekoran talian telefon dan internet diputuskan.
"Beberapa rumah di Baida turut musnah akibat serangan tentera kerajaan dan penyokong setia Presiden Bashar," kata kumpulan aktivis yang beribu pejabat di Britain itu. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130504/lu_04/Tentera-Syria-serang-Hama-50-terbunuh#ixzz2SHTlVwVY
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment