Tuesday 25 June 2013

12 askar Lebanon terbunuh


Tentera Lebanon melepaskan tembakan ketika anggota perubatan memindahkan askar yang terkorban dalam pertempuran antara penyokong radikal pemimpin Salafi Sunah Sheik Ahmad al-Assir dan lelaki bersenjata Syiah di bandar Sidon, selatan Lebanon, kelmarin. - AGENSI
SIDON, Lebanon 24 Jun - Sekurang-kurangnya 12 orang askar Lebanon terbunuh dalam tempoh tidak sampai 24 jam ketika bertempur dengan penyokong radikal pemimpin Salafi Sunah di bandar Sidon, selatan Lebanon, hari ini.
Agensi Berita Kebangsaan Lebanon dan saksi melaporkan, pertempuran memuncak sehari selepas penyokong Sheikh Ahmad Al-Assir melepaskan tembakan di sebuah pusat pemeriksaan tentera.
Menurut saksi, tembakan dan letupan semakin kuat pada awal pagi ini di kawasan tumpuan pertempuran di sekitar kawasan kediaman Abra di pinggir timur Sidon.
"Kita boleh mendengar bunyi roket dan tembakan dilepaskan setiap minit dan pertempuran itu sangat sengit," kata seorang penduduk Abra kepada AFP.
Jurucakap tentera berkata, di samping itu 35 yang lain cedera, kebanyakannya orang awam.
Seorang pemimpin Salafi memberitahu AFP bahawa pengawal keselamatannya terbunuh, semalam ketika cuba ke kawasan pertempuran untuk berunding mengenai gencatan senjata.
Abang Assir pula berkata, pemimpin itu bersama penyokongnya berada di dalam Masjid Bilal Bin Rabah di mana Assir sedang mengajar.
"Terdapat usaha untuk membunuh kami semua, tetapi kami tetap bertahan sehingga sekarang,'' kata Amjad al-Assir.
Assir dan penyokongnya yang menarik ahli daripada mazhab-mazhab lain di seluruh negara, sering dituduh oleh tentera Lebanon kerana menyokong dan menutup mata terhadap kegiatan kumpulan pergerakan Hezbollah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130625/lu_07/12-askar-Lebanon-terbunuh#ixzz2XB5CCSVF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment