Tuesday 18 June 2013

Arab Saudi bekal senjata kepada penentang Syria

SEORANG tentera Tentera Pembebasan Syria (FSA) mengacukan senapangnya ke arah musuh di wilayah Deraa, Syria. Arab Saudi kini didakwa membekalkan senjata kepada FSA.- Reuters


DUBAI - Pemerintah Arab Saudi mula membekalkan sejumlah pelancar roket antipesawat kepada kumpulan penentang Syria dalam skala kecil kira-kira dua bulan lalu, kata satu sumber semalam.
Menurut sumber, senjata-senjata berkenaan kebanyakannya datang daripada pembekal di Perancis dan Belgium.
Perancis telah dibayar untuk menghantar senjata-senjata itu ke Syria.
Sumber itu berkata, bekalan senjata tersebut diserahkan kepada pemimpin Tentera Pembebasan Syria (FSA), Jeneral Salim Isriss.
Arab Saudi dipercayai mula memainkan peranan lebih aktif dalam konflik Syria sejak beberapa minggu lalu ekoran konflik di negara itu bertambah buruk.
Jurucakap Kementerian Luar Arab Saudi gagal dihubungi berhubung dakwaan terbaharu itu.
Beberapa sumber diplomatik Arab Saudi menyatakan negara tersebut semakin bimbang selepas campur tangan kumpulan Hezbollah dalam konflik di Syria.
Hezbollah dan para penyokongnya merupakan pengikut Syiah. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2WWKSa8Kc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment