Monday 17 June 2013

Saudi mahu bekal misil


Berlin: Arab Saudi merancang membekalkan penentang Syria dengan peluru berpandu antipesawat bagi menangani tentera udara Presiden Bashar al-Assad.

Akhbar Jerman, Der Spiegel semalam memetik laporan yang diterima agensi perisikan luar Jerman sebagai berkata, Riyadh mengaku mahu menghantar peluru berpandu Manpads buatan Eropah atau sistem peluru berpandu mudah alih.


Menurut Der Spiegel, misil bumi ke udara itu boleh menyasarkan pesawat yang terbang rendah termasuk helikopter.

Arab Saudi adalah penyokong utama penentang Syria dan sudah sekian lama membekalkan kumpulan itu dengan senjata. - AP

No comments:

Post a Comment