Sunday 14 July 2013

Al-Qaeda ancam bunuh Komander FSA

Al-Qaeda ancam bunuh Komander FSAKumpulan militan Al Qaedah mendakwa untuk melakukan serangan habis-habisan di Syria.
LATAKIA - SYRIA. - Kumpulan militan Al Qaeda dan ahli gabungannya mengancam untuk membunuh semua komander kanan Tentera Pembebasan Syraia (FSA) di Syria.

Dipetik Press TV, jurucakap FSA Qassem Saadeddine berkata, ancaman itu diterima melalui panggilan telefon daripada wakil kumpulan terbabit selepas mengaku membunuh komander FSA Kamal Hamami atau lebih dikenali sebagai Abu Bassir al-Ladkani, semalam.

“Kamal ditembak mati selepas bertempur dengan militan al-Qaeda di bandar Pelabuhan Latakia, utara Syria, Khamis lalu. Kini, kami sedang membuat perancangan menyusun strategi melakukan serangan balas bagi menuntut bela kematian beliau sekali gus menggulingkan tentera rejim,” katanya.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan, serangan di pelabuhan itu dilakukan pesawat pejuang Israel dan merupakan kali keempat bagi sepanjang tahun ini.

Pegawai Amerika Syarikat mengesahkan, pesawat itu turut menembak kapal anti peluru berpandu Rusia.

“Serangan itu dilakukan bagi melumpuhkan usaha Rusia membekalkan senjata kepada FSA dan militan luar,” katanya.

No comments:

Post a Comment