Friday 19 July 2013

AMARAN AKAN BERLAKU PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI BANDAR NAWA

| Nawa | Daraa | 19-7-2013 | 



Nawa telah dihujani serangan dan pengeboman menggila dari tentera rejim semenjak dua hari lepas dan telah membunuh sekuramg-kurangnya 50 orang awam dan mencederakan lebih 200 orang.

Awal pagi tadi (antara jam 5-6 pagi waktu Syria), tentera rejim telah memutuskan sepenuhnya semua medium perhubungan di bandar ini.

Dilaporkan puluhan ribu penduduk awam telah dipaksa keluar dari bandar itu dan menjadi pelarian tanpa dapat digambarkan kesengsaraan yang bakal mereka lalui.

Manakala seramai lebih kurang 35000 orang penduduk awam masih berada dalam Bandar Nawa dalam 'belas kasihan' rejim Basyar dan sekutunya termasuk tentera Syiah Iran dan Hizbullat.

Dikhuatiri akan berlaku pembunuhan beramai-ramai dalam keadaan talian perhubungan telah diputiskan sepenuhnya. Dan semua aktivis telah digesa untuk membuat panggilan kecemasan (SOS call) untuk bantuan terutamanya dari Jordan, antaranya ialah untuk membuka sempadan kepada pelarian Syria melepasi sempadan Syria-Jordan, dan menyediakan bantuan perubatan/rawatan kecemasan kepada mangsa-mangsa yang cedefa parah.

Bandar Nawa adalah terletak 25 km dari kota Daraa ke arah Barat, dan 10 km dari sempadan Syria-Jordan. Apa yang paling membimbangkan adalah bandar ini terletak di bawah kawalan ketat regim kerana salah sebuah markas terbesar ketenteraan iaitu Briged ke 61 adalah terletak di bandar ini. Dalam masa yang sama bandar ini juga menjadi pengkalan ketententeraan Rusia dan Pengawal Revolusi Iran.

Semoga Allah melindungi saudara kita di sana.
Hasbunallah Wa Ni'mal Wakeel.

No comments:

Post a Comment