Wednesday 24 July 2013

AS bekal senjata kepada pemberontak Syria

WASHINGTON 23 Julai - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan meneruskan rancangan AS untuk membekal senjata kepada pemberontak Syria selepas kebimbangan anggota Kongres berjaya diredakan.
"Kami percaya kami berada dalam satu kedudukan di mana pentadbiran boleh bergerak ke hadapan,'' kata Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan, Mike Rogers, semalam.
White House pada Jun lalu mengumumkan rancangan untuk memberi bantuan ketenteraan kepada pemberontak Syria selepas dua tahun mendapat rintangan untuk menghantar senjata secara terus kepada mereka.
"Kami sedang bekerja dengan Kongres bagi mengatasi beberapa kebimbangan sebelum ini dan kami percaya semua kebimbangan itu telah diatasi,'' kata seorang sumber yang biasa dengan pentadbiran dan enggan dikenali. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130724/lu_05/AS-bekal-senjata-kepada-pemberontak-Syria#ixzz2ZwxT24Bq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment