Monday 1 July 2013

Syria lancar serangan udara hebat ke atas Homs

BEIRUT 30 Jun - Tentera udara Syria, hari ini melancarkan serangan ke atas bandar Homs menyebabkan tiga orang awam terkorban, ketika tentera terus mara untuk mengambil alih kawalan ke atas beberapa daerah yang dikuasai pemberontak.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, pesawat pejuang Syria melancarkan serangan ke atas Old City di Homs menyebabkan tiga orang terbunuh dan sebuah rumah musnah.
''Tentera Syria juga melancarkan serangan ke atas daerah Khaldiyeh dan Old City dengan letupan kuat dapat didengari,'' kata badan hak asasi manusia tersebut.
Pengarah badan hak asasi manusia tersebut, Rami Abdel Rahman berkata, sekurang-kurangnya tiga orang awam, termasuk seorang wanita dan dua orang kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara di Old City dan berpuluh-puluh orang lagi cedera sejak serangan bermula semalam.
Badan hak asasi itu berkata, tentera semalam melancarkan beberapa serangan bom di beberapa bahagian di Homs termasuk di Khaldiyeh, Bab Hud, Hamidiyeh dan Bustan al-Diwan.
Sumber tentera berkata, operasi ketenteraan tidak pernah dihentikan di Homs, namun ditingkatkan mengikut keutamaan.
''Apa yang penting adalah membersihkan kawasan perumahan di Homs daripada kumpulan pemberontak terutama di Khaldiyeh, Hamidiyeh dan Old City,'' kata sumber itu.
Akhbar harian Syria, Al Watan hari ini melaporkan tentera melancarkan tindakan kemaraan kualitatif di bandar Homs selepas tercetus pertempuran sengit dengan kumpulan militia di Khalidiyeh dan Bab Hud. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130701/lu_07/Syria-lancar-serangan-udara-hebat-ke-atas-Homs#ixzz2XqWK6spx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment