DAMSYIK. SYRIA - Lebih 20 penduduk awam terbunuh selepas tentera rejim melancarkan serangan mortar di sebuah pasar berhampiran bandar Aiha, utara Syria.

Kumpulan aktivis kemanusiaan melaporkan, kejadian tercetus hanya beberapa minit selepas iftar.

“Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak dan dua wanita,” menurut laporan Press TV.

Di Adra, lebih 50 maut selepas tentera rejim Bashar al-Assad bertindak mengebom kawasan terbabit yang menjadi laluan pembekalan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Tentera rejim kini meningkatkan serangan di Idlib, Daraya, Lattakia, Homs, Daraa, dan Aleppo selepas beribu askar sokongan memasuki Syria bagi membantu FSA.