Saturday 20 July 2013

Zon larangan terbang perlu kawalan darat

Zon larangan terbang perlu kawalan darat
Britain akan memberi bantuan alat perlindungan kimia kepada FSA.
LONDON - Jeneral (B) Angkatan Tentera Britain memberi amaran, usaha mengenakan zon larangan terbang di Syria tidak akan berjaya tanpa kawalan di darat.

Jeneral David Richards, 61, berkata, pelaksanaan larangan itu tidak akan dapat menamatkan konflik di negara tersebut.

"Kita perlu menguasai pertahanan udara melalui jalan darat," jelasnya.

Menurutnya, kekurangan konsensus antarabangsa dan perpecahan dalam kalangan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menyebabkan usaha tentera untuk mencapai penyelesaian sukar dilakukan.

Kelmarin, Setiausaha Luar Britain, William Hague mengumumkan keputusan mereka untuk memberi bantuan alat pelindungan perang kimia kepada FSA.

Menurut laporan Press TV, beliau memberitahu kelengkapan bernilai 655,000 pound (RM3.2 juta) itu akan dihantar segera selepas beliau mendakwa rejim Presiden Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia dalam beberapa pertempuran.

Bantuan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron menegaskan kerajaan beliau mempunyai hak untuk campur tangan di Syria jika mereka berasa kepentingan negara itu terancam.

No comments:

Post a Comment