Thursday 29 August 2013

Aleppo, Syria



Admin melihat banyak page-page yang mengambil gambar ini dari sumber mereka kemudian menyiarkan untuk tatapan pengunjung mereka dan memberitahu status di Aleppo. Mereka hanya copy dan paste tanpa selidik terlebih dahulu. Hijau kawasan yang dikuasai oleh mujahiddin manakala merah pula kawasan yang dikuasai oleh rejim.

Untuk pengetahuan semua, gambar yang disebarkan sebelum ini adalah tidak benar sama sekali. Admin telah membuat sedikit pembetulan pada gambar berkenaan.

Kawasan-kawasan berikut masih dikuasai oleh rejim.
1. Akademi Tentera
2. Pusat Penyelidikan Tentera
3. Kem Artileri
4. Bangunan Risikan
5. Kem tentera al-Muhlab
6. Bangunan Risikan
7. Hospital al-Kindi (dijadikan berek tentera)
8. Aleppo Central Prison
9. Nubool dan Zahraa (kawasan majoriti syiah). Selepas membebaskan lapangan terbang Ming, sebahagian mujahiddin mara ke kawasan ini. Hizbullah berkumpul dikawasan ini.
10. Safira (kubu kuat terakhir rejim)
11. Lapangan terbang tentera Kweirs

Kesemua kawasan ini masih dikuasai oleh rejim. Jika benar kawasan ini telah dibebaskan, sudah pasti kita akan melihat para mujahiddin maraikan kemenangan mereka, pelbagai kenyataan akan dikeluarkan. Bahkan Aleppo Media Centre juga tidak mengeluarkan peta sebegini rupa.

No comments:

Post a Comment