Wednesday 28 August 2013

Kenderaan pakar kimia PBB ditembak

NEW YORK 26 Ogos - Pasukan pakar kimia dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa membatalkan siasatan di kawasan berlakunya kejadian serangan gas saraf berhampiran Damsyik hari ini, selepas kereta yang dinaiki mereka ditembak oleh penembak hendap.
Jurucakap PBB, Martin Nesirky berkata, tiada kecederaan dilaporkan selepas kereta yang mengepalai konvoi PBB ke Ghouta di timur Syria itu ditembak.
Bagaimanapun, pasukan itu terpaksa pulang semula ke pangkalan mereka.
"Kereta pertama pasukan penyiasat ditembak bertubi-tubi oleh penembak hendap yang tidak dikenali di kawasan zon penampan.
"Pasukan itu terpaksa berpatah balik,'' kata Nesirky.
Tiada maklumat lanjut diberikan oleh PBB tentang lokasi penembak hendap melakukan tembakan atau dari mana tembakan itu datang.
Kerajaan Syria menuduh tembakan tersebut dilepaskan oleh kumpulan penentang kerajaan.
"Serangan (tembakan) itu dilakukan oleh kumpulan penentang ketika pasukan PBB tersebut memasuki kawasan Moadamiyet al-Sham," lapor televisyen rasmi kerajaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130827/lu_04/Kenderaan-pakar-kimia-PBB-ditembak#ixzz2dEYmNzto
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment