Wednesday 21 August 2013

Korban pembunuhan senjata kimia di pinggir Damsyik meningkat, 1188 warga muslim syahid




Damsyik - Korban pembunuhan oleh serangan senjata kimia yang dilakukan oleh rejim Nushairiyah Syria di daerah Ghautah Timur, wilayah pinggiran Damsyik dan bandar Moadamiyah asy-Syam, wilayah Damasksus sejak Rabu (21/8/2013) dini hari sampai saat berita ini ditulis terus meningkat tajam.

Sekurang-kurangnya 1188 orang awam muslim gugur di Ghautah Timur dan Damsyik Selatan akibat serangan senjata kimia dan gas beracun oleh rejim Nushairiyah Syria.

Laman berita Akhbar Reif Dimasyqa melaporkan jumlah korban gugur oleh serangan senjata kimia di Damsyik Selatan mencapai 1188 warga muslim. Di antaranya 100 warga gugur di bandar Saqba, 100 warga gugur di bandar Kafr Batna, 150 warga gugur di bandar Dauma, 300 warga gugur di bandar Hamuriyah, 63 warga gugur di bandar Arben dengan 30 di antaranya anak-anak dan 16 di antaranya wanita.

Sebanyak 16 orang awam gugur di Jasren, di mana 3 di antaranya adalah anak-anak. Sebanyak 400 orang awam gugur di bandar Zamalka dan 75 lain gugur di bandar Ain Tarma. Jumlah korban terus bertambah kerana mayat-mayat dan mangsa kecederaan masih berceceran di jalanan kota Moadamiyah asy-Syam. Mereka belum semuanya berjaya dipindahkan dan dikira oleh para aktivis kemanusiaan dan koordinataor revolusi tempatan.

Sebuah keluarga yang terbantai seluruh anggotanya di bandar Zamalka juga belum sempat dipindahkan dan dikira oleh para aktivis.

Sementara itu laman berita Sana melaporkan majoriti korban gugur adalah anak-anak dan wanita disebabkan oleh serangan kimia massif dilakukan pada saat mereka terlelap tidur. Banyak warga di daerah yang dihujani dengan senjata kimia masih bertahan di dalam rumah-rumah mereka dan ada kemungkinan mereka juga telah gugur.

Penyelaras Ghautah Timur melaporkan serangan senjata kimia bermula pada Rabu pukul 02.45 dini hari saat masyarakat di Ghautah Timur sedang tidur. Lima buah peluru berpandu yang mengandungi bahan-bahan kimia menghentam bandar Ain Tarma dan Zamalka. Setelah itu berturut-turut 24 peluru berpandu sejenis menghentam kedua-dua bandar tersebut.

Laman berita Sana menambah kereta-kereta ambulance hampir tidak pernah berhenti melakukan pemindahan dari jalanan di daerah Ghautah Timur dan Ghautah Barat. Beratus-ratus mangsa cedera memenuhi klinik-klinik lapangan di kedua daerah tersebut.

Para aktivis melaporkan bau dari gas beracun yang ditembakkan oleh pasukan rejim Nushairiyah Syria mula tersebar ke kampung-kampung, bandar-bandar dan wilayah yang berdekatan dengan daerah Ghautah Timur, kawasan yang pertama kali mendapat serangan massif senjata kimia rejim Assad pada Rabu dini hari tadi.

Lembaga Pengawas Senjata PBB sedang berada di Damsyik. Namun lembaga itu sedikit pun tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan penggunaan senjata kimia oleh rejim Nushairiyah Syria. Dunia antarabangsa bungkam atas pembantain biadab rejim Nushairiyah ini.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=UKLYZ8MDU7U

No comments:

Post a Comment