• selatan BeirutKeadaan panik sejurus kenderaan berisi bom meletup ketika waktu puncak di selatan Beirut.

BEIRUT - Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih 200 cedera membabitkan satu letupan besar bom kereta di selatan wilayah luar bandar, Lubnan, kelmarin.

Dalam satu kenyataan melaporkan, kementerian dalam negeri mengesahkan letupan berlaku berdekatan sebuah kompleks yang digunakan pejuang Hizbullah, parti politik Syiah dan kumpulan bersenjata yang didakwa terlibat dengan pergelutan di Syria.

Menurut kementerian, jumlah korban meningkat apabila mangsa terperangkap di dalam kediaman dan bangunan berhampiran lokasi kejadian sebaik bom meletup.

Sementara itu, sebuah kumpulan dikenali sebagai Briged Aisha mengaku bertanggungjawab ke atas letupan berkenaan.

Letupan bom kereta adalah serangan terbaru sehari selepas pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah mendakwa bertanggungjawab terhadap tindakan mempertahankan serangan dilakukan rejim Zionis di wilayah Lubnan. - PressTV