Thursday 8 August 2013

TERKINI



Semalam, mujahidin FSA telah mengisytiharkan kempen perang "Ibu orang yang beriman, Aishah" (Battle of the "Mother of Believers, Aisha" ) di Wilayah Latakia berhadapan pantai Syria. Kawasan pesisiran pantai Syria yang dikenali sebagai kubu kuat rejim Basyar, kerana ia wilayah kelahiran keluarga Basyar dan di mana kebanyakan golongan minoriti Alawi yang menyokong rejim tinggal.

Pertempuran ini adalah berita besar untuk revolusi Syria kerana jika berjaya ia akan membuka jalan baru di Utara, dan setakat ini mujahidin FSA telah telah menawan 5 Bandar Alawi serta berjaya memotong laluan bekalan antara wilayah Latakia dan Idlib.

Ini bermakna tentera Basyar tidak lagi boleh sampai ke Idlib, dan dari Idlib, mereka tidak lagi boleh sampai ke Halab. Terdapat banyak laporan bahawa lebih 100 askar rejim Basyar telah terbunuh dan ambulans banyak kelihatan di bandar Latakia.

Doakan mujahidin. #pray4syria #freesyria
 

No comments:

Post a Comment