Monday 9 September 2013

16 penentang maut akibat bedilan rejim Syria

BEIRUT - Rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad menggempur kedudukan kumpulan penentang dekat Damsyik dan mengorbankan 16 orang kelmarin, kata kumpulan aktivis.
Kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi yang berpangkalan di Britain berkata, tembakan mortar dan meriam meragut 14 nyawa anggota penentang di kawasan pertanian Moldokhiya, selatan Damsyik.
Seorang kanak-kanak dan seorang penduduk awam dilaporkan turut terkorban dalam serangan tersebut.
Pertempuran itu hadir ketika pentadbi- ran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ingin mendapatkan kelulusan Kongres AS dan sokongan antarabangsa untuk menyerang Syria yang didakwa menggunakan senjata kimia dalam serangan pada 21 Ogos lalu.
AS menyatakan, seramai 1,429 orang termasuk 426 kanak-kanak maut dalam serangan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, puak penentang dibantu para pejuang yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dilaporkan berjaya mengambil alih sebuah perkampungan Kristian di Maaloula, timur laut Damsyik selepas berlaku pertem- puran sengit dengan tentera rejim.
Bagaimanapun, berita tersebut dinafikan media milik pemerintah Syria yang mendakwa tentera yang setia kepada Ba- shar memenangi pertempuran terbabit.- AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2eLGgYmlf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment