Monday 16 September 2013

AS, Rusia setuju musnahkan senjata kimia


WASHINGTON 15 Sept. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, perjanjian antara negara ini dan Rusia berhubung konflik di Syria, bukan sahaja menawarkan peluang untuk memusnahkan bekalan senjata kimia Syria tetapi menamatkan ancaman senjata itu di rantau berkenaan dan dunia.
Obama berkata, masyarakat antarabangsa menjangka Syria memenuhi komitmennya untuk menyerahkan bekalan senjata kimia.
Beliau bagaimanapun memberi amaran AS tetap bersedia mengambil tindakan ketenteraan jika Syria gagal melaksanakan komitmennya.
Presiden AS itu berkata, lebih banyak perkara perlu dilaksanakan, walaupun selepas perjanjian itu dicapai.
''Penggunaan senjata kimia di mana-mana sahaja di dunia merupakan ancaman kepada manusia dan keselamatan rakyat.
''Kita bertanggungjawab untuk memastikan dunia bebas daripada ketakutan senjata kimia demi anak-anak kita. Hari ini menandakan langkah penting dalam mencapai tujuan itu,'' katanya.
AS dan Rusia, semalam mencapai perjanjian untuk meminta pemeriksaan ke atas program senjata kimia Syria dan merampas semua komponen senjata tersebut.
Perjanjian itu turut mengenakan denda jika kerajaan Syria pimpinan Presiden, Bashar al-Assad gagal mematuhi undang-undang tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130916/lu_05/AS-Rusia-setuju-musnahkan-senjata-kimia#ixzz2f6FVORSI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment