Monday 16 September 2013

Si tulang belakang Syria

Si tulang belakang Syria
Maher


DAMSYIK - SYRIA. Media mendedahkan, adik Presiden Syria Bashar Al -Assad merupakan individu penting dalam mengekalkan kuasa rejim sejak 30 bulan lalu.

Maher al -Assad , 45, dikatakan bertanggungjawab mengarahkan semua pergerakan tentera dalam serangan balas dengan kumpulan tentera Pembebasan Syria (FSA) yang disokong militan luar.

Media AP melaporkan, karakter Maher berbeza dari adik beradiknya yang lain di mana beliau lebih 'berhati kering' untuk melihat pembunuhan dan kekejaman.

“Dia tidak seperti Bassel. Bassel dilatih menjadi Presiden oleh bapa mereka Hafez. Namun, selepas Bassel meninggal dunia dalam kemalangan pada 1994, bapanya mengarahkan
Bashar yang ketika bertugas sebagai doktor di London untuk pulang ke Syria.

“Bashar diajar tentang dunia politik sebelum menjadi Presiden pada 2000 iaitu selepas kematian bapa mereka,” memetik laporan itu.

Bagi menguatkan cengkaman rejim, Bashar melantik Maher menguruskan hal ketenteraan.

Difahamkan, ketika serangan pertama di pinggir Damsyik, beliau adalah individu bertanggungjawab mengarahkan 15,000  askar untuk bertempur.

Sementara itu, Syria diberi seminggu untuk mengisytiharkan stok senjata kimia dan perlu membenarkan pemeriksaan antarabangsa.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry berkata, kenyataan itu diputuskan selepas rundingan dengan rakan sejawatannya dari Rusia Sergey Lavrov.

Tuntutan itu adalah sebahagian pelan enam langkah yang dipersetujui AS dan Rusia selepas rundingan  tiga  hari di Geneva.

“Pemeriksa perlu berada di Syria pada November. Matlamatnya untuk menghapuskan stok simpanan senjata kimia milik Bashar menjelang tahun depan,” katanya.

No comments:

Post a Comment