Sunday 1 September 2013

Israel ceroboh Lubnan



BEIRUT - LUBNAN. Pihak ketenteraan Lubnan, semalam, melaporkan askar rejim Zionis sekali lagi menceroboh ruang udara negara itu.

Akhbar Daily Star yang memetik kenyataan tentera Lubnan berkata, pesawat peninjau itu memasuki ruang udara negara selain berkedudukan agak rendah di atas perkampungan al-Naqoura selama dua jam.

"Tentera Israel turut mendekati kawasan perkampungan selatan Alma Al-Shaab selepas meninjau seluruh Chouf dan selatan wilayah Lubnan.

"Enam pesawat perang Israel dan tiga pesawat peninjau mereka telah menceroboh ruang udara Lubnan sejak dua hari lalu," lapor Daily Star.

Sehingga kini, tindakan rejim Israel menceroboh ruang udara Lubnan adalah perkara biasa dan berlaku hampir setiap hari selain mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk tempatan.

Susulan pencerobohan itu, kerajaan Lubnan bertindak melaporkan aduan bertulis kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membabitkan lebih 7,000 dokumen mengesahkan tindakan pencerobohan Israel terhadap wilayah mereka.  

No comments:

Post a Comment