Wednesday 25 September 2013

Kedutaan diserang mortar


Amman: Sebutir mortar jatuh di kawasan Kedutaan Russia di Damsyik semalam dan tiga orang dilaporkan cedera.

Memetik sumber tidak dikenali, agensi berita SANA melaporkan operasi di kedutaan itu berjalan seperti biasa selepas kejadian pada waktu tengah hari itu. Sebuah pertubuhan pemantau berpangkalan di Britain mengesahkan mortar itu meletup di kawasan kedutaan.


Katanya, kedutaan itu menjadi sasaran beberapa pihak yang berperang untuk menjatuhkan rejim Presiden Bashar al-Assad. Kedutaan itu terletak di kawasan elit di daerah Mazraa dan turut menempatkan beberapa institusi keselamatan Syria, stadium dan kelab malam. - AP

No comments:

Post a Comment