Thursday 19 September 2013

Pemberontak Syria guna iPad lancar serangan



Sekumpulan tentera pembebasan Syria menggunakan komputer tablet iPad untuk melancar serangan mortar ke arah tentera rejim Bashar di Damsyik. - Reuters


DAMSYIK - Kumpulan penentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad dilihat menggunakan komputer tablet iPad untuk membuat sasaran serangan ke atas pasukan tentera rejim di sini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
iPad digunakan oleh tentera tersebut kerana terdapat satu aplikasi yang sesuai digunakan untuk membuat sasaran sebelum melancarkan serangan.
Sekumpulan tentera penentang di Jobar dilihat menggunakan sebuah iPad untuk melakukan sasaran ke atas beberapa buah kubu tentera rejim di Damsyik.
Kumpulan penentang itu berkata, keadaan perang menjadikan mereka semakin kreatif.
Jadi, penggunaan iPad menjelaskan tentang kaedah luar biasa digunakan oleh tentera pembebasan Syria untuk melakukan sasaran serangan mortar ke atas kubu tentera rejim.
Beberapa anggota pasukan tentera penentang, Ansar Dimachk, pada 15 September lalu dilihat menggunakan iPad untuk melancarkan mortar buatan sendiri.
Spekulasi mula tersebar di laman sosial Twitter yang mendakwa bahawa tentera penentang itu mungkin menggunakan aplikasi pengimbangan untuk menentukan sudut tembakan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2fHq5VEkk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment