Tuesday 15 October 2013

20 terbunuh dalam serangan bom kereta


Beirut: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila bom kereta meletup di bandar Syria di Barkush di utara selatan wilayah Idlib, dekat sempadan Turki.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata bilangan itu dijangka meningkat kerana ramai mangsa cedera parah dan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak antara yang mati.


Aktivis Rangkaian Suruhanjaya Revolusi Syria berkata letupan itu berlaku di kawasan pasar di Darkush, yang terletak di bawah kawalan pemberontak. Sebuah video yang dimuatnaik di Internet menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah kereta terbakar diselubungi asap tebal. Video lain menunjukkan penduduk membawa mayat. - AFP

No comments:

Post a Comment