Wednesday 2 October 2013

Jerman akui eksport bahan kimia ke Syria

BERLIN 1 Okt. - Kerajaan Jerman semalam mengaku bahawa pihaknya meluluskan eksport bahan kimia yang boleh dijadikan senjata ke Syria pada 2011 dalam jumlah yang besar berbanding yang diketahui sebelum ini.
Data dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi menunjukkan, syarikat-syarikat Jerman telah mengeksport sejumlah 360 tan bahan kimia sama ada bagi kegunaan tentera mahupun umum.
Bagaimanapun, kementerian itu menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai bukti bahan kimia yang diluluskan pada April 2011 tersebut digunakan untuk membuat senjata.
"Selepas satu kajian komprehensif tentang semua maklumat yang diperolehi, adalah boleh dianggap bahawa bahan-bahan itu digunakan bagi tujuan awam oleh industri swasta,'' kata kementerian itu dalam satu kenyataan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131002/lu_09/Jerman-akui-eksport-bahan-kimia-ke-Syria#ixzz2gZwXYU1s
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment