Monday 14 October 2013

Majlis Kebangsaan Syria tolak rundingan damai


Beirut: Kumpulan pembangkang dalam Gabungan Kebangsaan Syria enggan menyertai rundingan damai yang dicadang diadakan di Geneva dan akan keluar jika gabungan itu menyertai rundingan berkenaan.

“Majlis Kebangsaan Syria, blok terbesar dalam gabungan, mengambil keputusan tidak akan ke Geneva memandangkan situasi sekarang,” kata presidennya, George Sabra.


“Ini bermakna kami tidak akan bersama gabungan jika rundingan damai di Geneva dihadiri,” katanya.

Beliau berkata, penderitaan berterusan penduduk Syria menjadi alasan ia tidak menyertai rundingan berkenaan. Komuniti antarabangsa diketuai Russia dan Amerika Syarikat mendesak rejim Syria dan kumpulan penentang menyertai rundingan yang dinamakan Geneva 2 untuk mencari penyelesaian politik terhadap krisis di negara itu.


Rundingan itu ditangguhkan beberapa bulan tetapi Washington dan Moscow bercadang mengadakannya pada pertengahan November.


Majlis itu mahu Presiden Bashar meletak jawatan sebelum sebarang rundingan diadakan. - AFP

No comments:

Post a Comment