Sunday 6 October 2013

Syria naikkan harga minyak


SEORANG lelaki mengisi minyak motosikalnya di sebuah stesen petrol di Bustan al-Qasr, wilayah Aleppo, Syria semalam. Kenaikan harga minyak pasti menyukarkan lagi kehidupan warga Syria yang sudah lama menderita akibat perang saudara.


DAMSYIK - Pemerintah Syria kelmarin menaikkan harga minyak, sekali gus menambah kesukaran hidup rakyatnya yang sudah pun menderita akibat perang saudara.
Pengumuman itu dibuat pada lewat Jumaat lalu. Harga petrol yang pada asalnya berharga AS$0.45 (RM1.43) naik kepada AS$0.57 (RM1.81) seliter.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Perlindungan Pengguna Syria, Imad al-Assil menyatakan, tindakan itu akan menyebabkan kos pengangkutan naik sebanyak 17 peratus.
Kenaikan itu dijangka memberi impak kepada harga barangan lain berikutan peningkatan kos pengangkutan. Ia juga menaikkan kos pemanas di rumah yang kebanyakannya menggunakan generator dikuasakan oleh minyak.
Syria telah mengimport minyak dari luar negara kerana pengeluaran dalam negerinya merudum akibat konflik yang sudah berlanjutan selama dua tahun setengah. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1006&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2gtQCm2sD 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment