Wednesday 30 October 2013

syria

Dari kiri
-Pemimpin Ahrar al-Syam, Sheikh Abu Abdullah al-Hamawi atau lebih dikenali dengan nama Hassan Aboud. Beroperasi seluruh Syria. Markas atau HQ mereka terletak di Idlib, Aleppo, Deir az-Zour dan al-Raqqah. Terdapat lebih 100 buah briged bernaung di bawah Ahrar al-Syam. Mempunyai anggota yang ramai membolehkan mereka beroperasi seluruh Syria. 

- Pemimpin Suqoor al-Syam iaitu Sheikh Abu Issa. Stronghold mereka terletak di Idlib. Ada mujahid memberitahu beliau sangat takutkan Allah.

- Pemimpin Liwa' al-Tauhid, Sheikh Abdul Qader Salleh. HQ terletak di Aleppo, hanya beroperasi di utara Syria sahaja seperti Aleppo, Idlib, Hama. Operasi mereka paling jauh ialah di al-Qusayr, Homs pada bulan March lalu.

- Pemimpin Jaish al-Islam, Sheikh Zahran Alloush, kawasan operasi mereka hanya di Damsyik sahaja. Ibu pejabat atau stronghold mereka juga terletak di Damsyik. Pernah terlibat dengan pelbagai operasi dengan pelbagai pasukan mujahiddin. Juga mencatat sejarah buat pertama kali iaitu terlibat dalam operasi di luar Damsyik iaitu membantu membebaskan al-Sukhna, Homs.

Semoga Allah kuatkan kesatuan mereka. Semoga Allah Taala lindungi mereka dari tangan-tangan munafik. Semoga Allah Taala lindungi mereka dari pihak batu api. Semoga dengan pengalaman yang mereka perolehi, selepas ini mereka turut bersatu membebaskan Jordan, Iraq, Lubnan, Sinai, Palestine dan seluruh dunia Islam.

Insya Allah jikalau diizinkan Allah, admin akan berikan analisis lengkap tentang pasukan ini seperti analisis yang admin telah laporkan seperti Jaish al-Muhajirin wal-Ansar, Liwa Abu Fadhl al-Abbas, Jund al-Syam, Suqoor al-Ezz. Jaish al-Islam masih terkandas pada bahagian 6, Insya Allah admin akan teruskan sedikit masa lagi..

No comments:

Post a Comment