Thursday 17 October 2013

Ulama benar makan daging anjing


Damsyik: Sekumpulan ulama Syria dilapor mengeluarkan fatwa kontroversi apabila membenarkan penduduk di pinggiran kota Damsyik memakan daging anjing.

Dalam video yang dipetik stesen televisyen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), ulama berkenaan berkata, penduduk boleh memakan kucing, anjing dan kera untuk menghilangkan rasa lapar.

Fatwa itu dikeluarkan selepas penduduk di daerah Muadhamiya berdepan dengan kelaparan.

Daerah berkenaan dikuasai kumpulan penentang Presiden Bashar al-Assad tetapi kini dikepung oleh tentera yang setia kepada rejim itu.

Sehubungan itu kumpulan hak asasi manusia meminta kerajaan Syria membenarkan bekalan makanan masuk ke daerah itu kerana ramai orang awam yang terperangkap.

Keadaan di daerah berkenaan begitu teruk sehinggakan ada pihak berkata tidak hairan jika ada penduduk yang akan memakan mayat keluarga atau jiran mereka yang meninggal dunia.

Ini bukan kali pertama ulama Syria mengeluarkan fatwa yang dianggap kontroversi.


Tidak lama dulu, ada ulama mengeluarkan fatwa serupa ketika pertempuran sengit meletus di Homs dan Aleppo.


- Agensi

No comments:

Post a Comment