Friday 8 November 2013

Bangunan perisikan Syria dibom

Bangunan perisikan Syria dibomSerangan nekad berhampiran bangunan Perisikan Tentera Udara di Sweida.

DAMSYIK - SYRIA . Sekurang-kurangnya lapan penduduk awam maut dan 41 tentera rejim parah selepas sebuah kereta tiba-tiba meletup di hadapan bangunan Perisikan Tentera Udara di Sweida, selatan Syria.

Pengarah Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, mangsa maut termasuk pemimpin kanan tentera Bashar al-Assad.

"Seorang pengebom nekad meletupkan diri di dalam sebuah kereta. Susulan letupan itu, satu pertempuran tercetus hingga membawa kepada puluhan maut di pinggir negara itu," katanya, dipetik dari laporan Al Arabiya.

Menurutnya, tentera kini mengepung kawasan terbabit bagi mengelakkan serangan dari merebak ke Damsyik.

No comments:

Post a Comment