
Dan hanya dengan menatap kedua matanya kami menemui banyak kisah dan harapan anak-anak Syria..
Harapan untuk tetap bertahan dan terus bertahan....
Serta Kisah-kisah luka dan penderitaan saudara-saudara Muslim Syria yang beliau saksikan dengan kedua matanya..
Serangan bom, kehancuran hati kaum ibu saat menerima berita akan kehilangan anak-anaknya, kelaparan, kebinasaan rumah-rumah dan masjid-masjid yang hancur sehingga jutaan orang yang terpaksa meninggalkan rumahnya dan tinggal di khemah-khemah kecil kerana mereka tidak lagi memiliki rumah untuk berteduh ketika musim sejuk tiba dan tidak memiliki rumah-rumah yang dapat melindungi mereka dari sniper-sniper kejam dan zalim..
Yamani, seorang anak Syria yang terpaksa meninggalkan rumahnya di Ain Tarma dan hidup berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain di Syria untuk melindungi diri dari kekejaman para pembunuh berdarah dingin di Syria..
No comments:
Post a Comment