Sunday 3 November 2013

Masih ada harapan.. Masih ada kehidupan yang baru !

Masih ada harapan.. Masih ada kehidupan yang baru !

Hamzah, bayi yang baru lahir hari ini walaupun berada dalam pengepungan regim assad. 

Semoga kelak besarnya nanti menjadi seperti bapa saudara Rasulullah S.A.W yakni Sayyidina Hamzah Ibnu Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai 'Singa Allah' atau Asadullah. 

Mustahil kita tidak kenal bapa saudara Nabi ini, seorang yang gagah perkasa, pemburu singa, mempertahankan Nabi disaat Nabi dipukul Abu Jahal, musuhnya tidak berani satu lawan satu dengannya kerana pasti akan tewas. Berapa banyak musuh yang berjaya dibunuh Sayyidina Hamzah ketika Perang Uhud.

Sayyidina Hamzah bagaikan seekor singa lapar yang sedang mengamuk dan mengganas ketika dimedan pertempuran, tetapi amat berlemah lembut dan santun dengan saudara seIslamnya.

No comments:

Post a Comment