Monday 18 November 2013

OPCW kenal pasti 11 lokasi


18 Oktober 2013

DAMSYIK - SYRIA. Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), kelmarin mengenal pasti 11 lokasi simpanan senjata kimia di Syria.

Jurucakap agensi memaklumkan, mereka kini sedang membuat pengesahan berhubung kesahihan maklumat diberikan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad tersebut.

"Kami akan memusnahkan peralatan kritikal di enam tapak simpanan senjata terbabit," jelasnya lagi kepada Press TV.

Difahamkan, terdapat 20 lokasi simpanan senjata kimia di negara itu akan dimusnahkan mengikut Resolusi 2118 yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 27 September lalu.

No comments:

Post a Comment